KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

1. Apa yang boleh saya adu kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia?
2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
4. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?
5. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia?
6. Bagaimana cara membuat aduan?
7. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia?
8. Apa berlaku kepada aduan saya?
9. Berapa lama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia membuat siasatan?


1. Apa yang boleh saya adu kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia?

Perkara yang boleh diadukan ialah berkaitan hal belia dan sukan sama ada berbentuk aduan, maklum balas,
pertanyaan atau penghargaan.

2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada bayaran dikenakan.

3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya.
Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama,
alamat untuk dihubungi, nombor telefon dan emel.

4. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?

Ya. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima aduan tanpa nama.  Pada kebiasaannya kami tidak
akan melakukan siasatan melainkan aduan itu membangkitkan sesuatu perkara yang serius dan
terdapat maklumat mencukupi dalam aduan untuk membolehkan kami menjalankan siasatan.

5. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia?

Jenis aduan yang diterima oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia adalah mengenai
kelewatan / tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan fasiliti sukan,
salah guna kuasa/penyelewengan yang berkaitan belia dan sukan
salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan
 kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.


6. Bagaimana cara membuat aduan?

Anda boleh mengemukakan aduan melalui telefon, hadir sendiri, menulis surat, faks, laman web kami
dan semasa kami mengadakan program-program bertemu orang ramai.

7. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia?

Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu.
Kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama,
alamat untuk dihubungi dan nombor telefon untuk membolehkan kami melaporkan perkembangan
siasatan. Kami boleh merahsiakan butir-butir peribadi ini jika diminta oleh pengadu.

Sila beritahu kami dengan jelas apa yang anda mahu Kementerian Belia dan Sukan Malaysia siasat.
Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk salinan-salinan surat atau dokumen yang menunjukkan
anda telah berusaha menyelesaikan aduan itu dengan agensi berkenaan. Beritahu kami hasil yang dikehendaki.

8. Apa berlaku kepada aduan saya?

Setiap aduan yang diterima akan diteliti dan dikemukakan kepada Bahagian/Jabatan/Agensi
KBS untuk diberikan maklum balas/proses siasatan (jika perlu).
Pengadu akan diberikan surat akuan terima yang menyatakan Bahagian/Jabatan/Agensi
dan pegawai yang menguruskan aduan tersebut.

9. Berapa lama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia membuat siasatan?

Kami akan menyelesaikan aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh. Bagi kes-kes yang
rumit yang melibatkan beberapa agensi, ia mungkin mengambil masa untuk menyiasat.

 

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader